Agensi Kawalan Sempadan

Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Jawi: ‏اݢينسي کاولن سمڤادن مليسيا‎‎) atau AKSEM ialah sebuah agensi kerajaan Malaysia yang mengawal jalan masuk dan keluar Malaysia daripada aktiviti haram seperti penyeludupan, pendatang tanpa izin, dan pemerdagangan manusia.[1][2] Ditubuhkan pada 2015, agensi ini dikendalikan lebih kurang 10,000 pegawai dari Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Gerakan Am dan Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP).[3][4]Pada tahun 2021, AKSEM diletakkan sepenuhnya di bawah kawalan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) PDRM sebagai langkah memperkasa fungsi agensi ini.[5] AKSEM dibubarkan pada tahun yang sama.